Apa itu mas cotek?


VERSI BAHASA MALAYSIA
Apa itu Mas CotekMas Cotek atau nama botaninya ‘Ficus Deltoidea’, adalah sejenis tumbuhan yang meliar dan menumpang di atas pokok yang lain. Nama tumbuhan ini juga juga berbeza bagi sesetengah daerah, negeri ataupun Negara lain. Contohnya di Sabah dan Sarawak ia dikenali dengan nama Sempit-sempit, Tabat Barito bagi masyarakat Indonesia dan Kangkaliban bagi orang-orang Afrika

Melalui pendapat dan pandangan masyarakat dikatakan Mas Cotek terdiri dari pokok jantan dan betina yang boleh dikenali melalui bentuk daun dan bijinya. Manakala, dari segi saintifiknya Mas Cotek terbahagi kepada beratus-ratus spesis.

KHASIAT & KEGUNAANNYADaunnya berwarna keemasan dan di belakang daunnya terdapat tahi lalat hitam di setiap pertemuan urat di mana ia memberikan pelbagai khasiat kepada manusia. Ia juga mengandungi bahan flavonoid dan triterpenoid yang bertindak sebagai anti-oksidant dan anti-inflamatori. Di samping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala, migrain dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar dan buah mas cotek digunakan secara tradisional bagi melegakan sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketahanan. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Kebaikan produk ini ianya dapat membantu :


• Merendahkan kandungan kolesterol buruk dalam darah.• Memperbaiki corak tidur.• Memperbaiki peredaran darah.• Menyingkirkan toksin dalam badan.• Mencegah masalah kesihatan kronik.• Memperbaiki sistem imunisasi.• Mengurangkan dan melegakan kesakitan badan.• Menstabilkan glukos darah.• Mencegah kanser.• Memperbaiki sistem penghadaman dan masalah sembelit.• Memberi kesegaran dan kelihatan lebih bertenaga.• Memperbaiki tekstur kulit.• Melambatkan proses menapouse.• Memulihkan sistem peranakan wanita lepas bersalin.• Meredakan rasa loya.

Wednesday, February 17, 2010

Proses Pengilangan Mas Cotek


Sehari sebelum proses pengeringan, pekerja ladang akan memetik daun segar mas cotek, dibasuh dan ditoskan daun tersebut sebelum dihantar untuk proses pengeringan. Ini adalah untuk memastikan kebersihan & kesegaran daun terjamin bagi mengekalkan mutu yang berkekalan.

Proses pengeringan dilakukan didalam oven bersuhu rendah dimana daun akan dikeringkan selama 72 jam. Proses ini amat penting kerana ia akan menentukan kelembapan daun mengikut spesifikasi yang ditentukan. Ini bagi menghindar kewujudan kulat dan bakteria seterusnya dapat membantu memanjangkan ‘shelf-live’ jangkahayat mas cotek ini.


Selepas proses pengeringan, mas cotek akan dikisar menggunakan mesin ‘grinder’.
Daun kering ini akan dikisar kepada gred serbuk ataupun ‘dust grade’ sebelum dibungkus menjadi uncang
Sebelum gred dust dihantar ke proses pembungkusan, gred dust tersebut perlu melalui beberapa pemeriksaan kualiti (analisis). Antara analisis tersebut adalah rasa minuman atau ‘taste’ dan juga yang paling penting adalah kelembapan serbuk mas cotek tersebut, dimana ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
Mas cotek yang dikisar akan dibungkus menjadi pek kotak untuk jualan.
Jenis pembungkusan juga perlu diberi perhatian kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran.Misalnya, jika bungkusan itu tidak kedap udara maka mas cotek akan menyerap kelembapan dan udara. Ini menyebabkan proses pengoksidaan berlanjutan dan mengakibatkan khasiat mas cotek hilang.Serbuk mas cotek akan dibungkus dengan menggunakan mesin pembungkus uncang yang menghasilkan 50 uncang seminit. Uncang-uncang tersebut kemudiannya dibungkus didalam sarung plastik dan dipek didalam kotak yang kalis lembapan dimana bahagian luarnya dilapis pula dengan selofan yang mengikut kaedah kedap udara.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Urban Designs