Apa itu mas cotek?


VERSI BAHASA MALAYSIA
Apa itu Mas CotekMas Cotek atau nama botaninya ‘Ficus Deltoidea’, adalah sejenis tumbuhan yang meliar dan menumpang di atas pokok yang lain. Nama tumbuhan ini juga juga berbeza bagi sesetengah daerah, negeri ataupun Negara lain. Contohnya di Sabah dan Sarawak ia dikenali dengan nama Sempit-sempit, Tabat Barito bagi masyarakat Indonesia dan Kangkaliban bagi orang-orang Afrika

Melalui pendapat dan pandangan masyarakat dikatakan Mas Cotek terdiri dari pokok jantan dan betina yang boleh dikenali melalui bentuk daun dan bijinya. Manakala, dari segi saintifiknya Mas Cotek terbahagi kepada beratus-ratus spesis.

KHASIAT & KEGUNAANNYADaunnya berwarna keemasan dan di belakang daunnya terdapat tahi lalat hitam di setiap pertemuan urat di mana ia memberikan pelbagai khasiat kepada manusia. Ia juga mengandungi bahan flavonoid dan triterpenoid yang bertindak sebagai anti-oksidant dan anti-inflamatori. Di samping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala, migrain dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar dan buah mas cotek digunakan secara tradisional bagi melegakan sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketahanan. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Kebaikan produk ini ianya dapat membantu :


• Merendahkan kandungan kolesterol buruk dalam darah.• Memperbaiki corak tidur.• Memperbaiki peredaran darah.• Menyingkirkan toksin dalam badan.• Mencegah masalah kesihatan kronik.• Memperbaiki sistem imunisasi.• Mengurangkan dan melegakan kesakitan badan.• Menstabilkan glukos darah.• Mencegah kanser.• Memperbaiki sistem penghadaman dan masalah sembelit.• Memberi kesegaran dan kelihatan lebih bertenaga.• Memperbaiki tekstur kulit.• Melambatkan proses menapouse.• Memulihkan sistem peranakan wanita lepas bersalin.• Meredakan rasa loya.

Tuesday, March 23, 2010

Sri cotek di Bazaar MAEPS

Kami telah membuka sebuah gerai di Bazaar MAEPS dekat tapak MAHA Serdang bermula sabtu lepas pada 20 March 2010...Kami berada di sana pada setiap hari Sabtu.. bermula jam 3.00 petang hingga 1.00 pagi...

Click here for full image




Saturday, February 20, 2010

Thursday, February 18, 2010

Agrojurnal RTM1

Flavonoid merujuk kepada tumbuhan metabolit sekunder. Mengikut penamaan IUPAC, flavonoid boleh diklasifikasikan kepada 3 iaitu :

1) flavonoids, didapati daripada struktur 2-phenylchromen-4-one (2-phenyl-1,4-benzopyrone)
2) isoflavonoids, didapati daripada struktur 3-phenylchromen-4-one (3-phenyl-1,4-benzopyrone)
3) neoflavonoids, didapati daripada struktur 4-phenylcoumarine (4-phenyl-1,2-benzopyrone)

Karya Dr. Joseph Mercola dan Racheal Droege yang bertajuk “Want to live longer? Eat more Flavonoids”, menyatakan bahawa flavonoids diperlukan oleh sistem badan kita sebagai:
· Membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta digunakan bagi merawat masalah kurang daya tumpuan.
· Melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida.
· Mengawal nitrit oksida yang mana, dapat mengawal peredaran darah.
· Menjaga kesihatan jantung dalam tiga cara iaitu mengelakkan pembekuan darah, mengawal pengoksidaan LDL (kolestrol tidak baik) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
· Meningkatkan fungsi seksual bagi kaum lelaki
· Mengurangkan bengkak dan menambah fungsi imunisasi.

Secara asas, flavonoids membantu tubuh di dalam perkara-perkara berikut:
· Mengurangkan risiko menghidapi barah.
Ø Pengambilan flavonoids membantu merendahkan risiko barah pankreas, barah paru-paru, barah prostat.
· Mengurangkan risiko angin ahmar dan penyakit jantung.
Ø Flavonoids membantu mengelakkan pembekuan darah dan arteri yang tersumbat. Ia juga mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan angin akhmar dan penyakit jantung.
· Melindungi diri daripada kesan-kesan penuaan.
Ø Penuaan berlaku apabila peningkatan usia, di mana berlaku penurunan tahap keaktifan tubuh. Selain daripada itu, penuaan berlaku disebabkan oleh pengumpulan gula di dalam kanta mata. Pengambilan flavonoids dengan secukupnya dapat mengatasi masalah penuaan kerana ia mampu memperbaiki perjalanan serta peredaran darah pada otot mata.
· Mengurangkan radang pada sendi dan otot.
Ø Kandungan flavonoids yang cukup pada badan juga dapat mengurangkan radang pada sendi dan otot yang mana, boleh menyebabkan masalah gaut, fibronyalgia dan rhuematoid arthritis.
· Mengatasi masalah kepanasan suhu tubuh akibat menopouse.
Ø Flavonoids juga mampu memulihkan semula kekeringan akibat menopouse terutamanya, bagi wanita yang sudah berumur.
· Melengahkan masalah gejala asma dan selsema.
Ø Flavonoids membantu menguatkan tubuh daripada alahan terhadap debu dan habuk. Flavonoids juga mengurangkan masalah radang peparu serta melancarkan sistem pernafasan.
· Meringankan masalah radang kulit dan gigitan serangga.
Ø Flavonoids adalah bahan paling bagus untuk melindungi kulit daripada masalah radang kulit dan gigitan serangga.

KENYATAAN:
Artikel di bawah ini merupakan perbandingan kandungan flavonoids dalam mas cotek berbanding herba terpilih lain.
Petikan yang kami paparkan adalah dari penulisan atau kajian asal tanpa diubahsuai - Harap maklum.

Ladang mas cotek

Our Mas Cotek Farm

MAS Cotek :- Health Tea Manufacturer


MAS COTEK Digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit seperti:

• Mengeluarkan toksin dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Sakit urat saraf / sendi-sendi
• Mengurangkan kandungan gula dalam darah
• Mengurangkan tekanan darah tinggi
• Membuang kolestrol dan lemak
• Melegakan kesakitan akibat buasir
• Migrain• Pemulih tenaga batin
• Senggugut
• Mengecutkan saluran peranakan/ Merapatkan pintu rahim
• Melambatkan proses menopous

MAS COTEK Traditionally used to treat ailments such as:

• Eliminate toxin inside the body
• Improve blood circulation
• Nerve/joint illness
• Reduce in blood sugar content
• Reduce high-blood-pressure
• Remove cholesterol and fat
• Relieve consequence of piles pain
• Migraine • Energy restorative for inner self
• Dysmenorrheal • Shrink baby delivery channel/Tighten vagina
• Delay the menopause process

Keratan Akhbar Utusan Malaysia


"SAYA sangat tidak menyangka sambutan yang diterima amat menggalakkan begini," kata Pengasas Sri Ain, pengusaha minuman mascotek, Masri Ismail.
Beliau memulakan usaha menanam herba mas cotek secara kecil-kecilan selepas mengamalkan petua ibunya yang mengambil herba berkenaan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah.
Masri yang berminat dengan herba berkenaan mula mencari pelbagai maklumat mengenai khasiat mas cotek daripada Internet serta orang tua-tua.
Berminat dengan khasiat mas cotek, Masri mula menanam herba berkenaan secara meluas di tanah miliknya seluas satu hektar di Kampung Jenjarum, Banting, Selangor.
Bagi meningkatkan produktiviti tanaman mas cotek, Masri sering mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada Pegawai Pertanian Kuala Langat, Mohd. Fairuz Affendy Mohd Isa.
Memulakan tanaman mas cotek pada Jun 2007, Masri juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
"Seminggu saya mengikuti kursus di UTM mengenai cara menghasilkan dan menggunakan mikrob berguna (EM) dalam racun serangga dan baja.
"Ini sebagai satu cara penanaman bebas kimia yang saya amalkan sejak sekian lama," katanya semasa ditemui di ladangnya di Banting, Selangor.
Beliau juga banyak menerima khidmat nasihat dan input pertanian dalam bentuk baja dan peralatan daripada Jabatan Pertanian.
Masri menanam 13 jenis mas cotek dan menggunakan ramuan pelbagai jenis bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
Beliau menghasilkan produk pertama pada Ogos 2008 dengan pasaran hampir di seluruh negara.
Pada bulan Mei tahun depan, Sri Inai menambahkan lagi dua produk keluarannya iaitu mas cotek halia dan Sri Cotek Cafe bagi penggemar kopi.
Masri juga mendapatkan khidmat nasihat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi ujian mikrob dan logam berat.
Bagi mendapatkan ekstrak bagi Sri Cotek Cafe, Masri menghantar bahan mentah ke Taman Teknologi Malaysia (TPM).
Masri berkata, proses menghasilkan minuman botanikal mas cotek bermula dengan tuaian daun dan dileraikan.
"Daun berkenaan kemudian ditimbang dan dibasuh menggunakan air suling sebelum ditoskan di atas dulang selama beberapa hari.
"Selepas itu daun akan dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 40 hingga 45 darjah Celcius (C) selama tiga hari," katanya.
Apa yang menarik, Masri membina sendiri ketuhar untuk mengeringkan daun dan boleh mengisi sehingga 150 kilogram daun pada satu-satu masa.
Daun yang telah dikeringkan kemudiannya dibawa ke kilang di Sungai Manggis untuk diproses dan dijadikan minuman botanikal dan mas cotek halia.
Kilangnya yang dilengkapi dengan sebuah makmal kecil, bilik pengisar, bilik pengeluaran dan stor boleh menghasilkan sehingga 10,000 uncang sehari atau kira-kira 4,000 kotak sebulan.
"Di kilang ini, kami menjalankan ujian rasa dan kelembapan bagi memastikan kualitinya sentiasa terjamin," katanya.
Masri menjelaskan, perkara berkenaan penting kerana pernah daun yang dikeringkan di dalam ketuhar terasa seperti hangus dan terpaksa dibuang.
"Kami di sini memastikan pelanggan akan mendapatkan minuman mas cotek yang benar-benar menepati cita rasa," katanya.
Beliau menambah, mas cotek Sri Inai telah mendapat Sijil Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pada masa akan datang, Masri bercadang untuk menghasilkan mas cotek dalam bentuk tablet, minuman dan kordial.
"Ujian bagi produk berkenaan sedang dijalankan di TPM dan saya berharap akan dapat mengeluarkannya menjelang tahun depan," katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mas cotek keluaran Sri Ain boleh layari laman sesawang www.sriain.com.my

Wednesday, February 17, 2010

kopi mas cotek

Daun pokok Mas Cotek

Kopi Mas Cotek yg telah dihidang...sedap dan lazat...

Stokis di Syeksen 9 Bangi

Alamat:

3A-1-1A,Jalan Medan PB2A,

Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi

hubungi: 019-3542550(Rosiah Shamsudin) atau 012-3785484(Izzat Suhaimi)

kami adalah pemborong untuk Putrajaya


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Urban Designs